Cheese Bun














salam guys...
minggu sudah balik kampung..
makanya buat ler activity masak memasak sempena kenduri doa selamat and also sesi bagi dapur kecah!!

so...
resepi yg aku explore last week aderlah berikut:





CHEESE BUN


Size : 12  - 13 biji

Bahan - bahan:

500 gram tepung
11 gram yis kering (mauripan)
1 cawan susu cair
 2 cawan air suam
1 1/2 cawan gula (nak manis bun tu boleh lebihkan jdi 2 cawan)
1 cawan marjerin
2 cubit garam
2 biji telur
cheese slice secukupnya





Cara - cara:

  1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga lembut dan tidak melekit
  2. Uli sehingga doh betul - betul lembut.
  3. Sekiranya rasa masih keras dan kurang lebut,boleh tambahkan air dan uli sehingga betul - betul lembut.
  4. Bentukkan doh ikut suka dan bubuh dalam loyang pembakar rapat - rapat seperti contoh gmbar di bawah ni.
   5.   Taburkan dengan cheese kesukaan. Saya guna cheesedale slice 
          jer.
   6.   Setelah doh naik 2 kali ganda,panaskan oven 180 degree celcius 
         selama 10 minit.
   7.   Bakar selama 50 - 55 minit opada suhu 180 degree celcius.





siap dihidang!!

















Ulasan

Catatan Popular