Chocolate Log With Choc Sauce



Bahan - Bahan untuk kek:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu coklat
4 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanila
1 cawan gula
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 cawan air panas


Cara - cara:

  1.  Panaskan oven 180 degree celcius selama 10 minit.
  2. Blender telur,gula,gula perang,susu coklat,minyak masak dan vanila hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain,ayak tepung naik sendiri,baking powder dan serbuk koko.
  4. Campurkan bahan basah ke dalam bahan kering.
  5. Masukkan air panas.
  6. Kacau sebati sehingga adunan tidak berketul
  7. Tuang adunan dalam loaf pan dan terus bakar selama 1 jam pada suhu 180 degree celsius.
  8. Jangan risau sekiranya adunan merekah diatas sebab tujuannya untuk dapatkan log yg kembang di bahagian permukaan kek.
  9. Setelah sejuk..boleh sapu dengan chocolate sauce dan jugak choc chip di atasnya.


bahan - bahan choc sauce:

1 cawan susu manis
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu minyak masak

- campurkan kesemua bahan dan panaskan dalam saucepan hingga cair.
- tuang terus ke atas kek dan taburkan dengan choc chip.




Ulasan

Catat Ulasan

Feel free to give your opinions guys!

Catatan Popular