Followers

Oct 19, 2010

Bile Tengok Serai,aku mesti teringat satay!

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

]
Penanaman

Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.


Kegunaan

Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.
Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India, C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.
Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

sumber: wiki



p/s: tapi memang betullah korang..asal aku nmpk serai..
memang aku teringat satay sebabnya bapak aku kalau buat satay memang bumbunya guna serai...
yum,yum,yum..
zaman bilalah nak buat satay sendiri weih?!!



aku memang berjenis karnivor.
asyik ayam n daging jer..
camner ler kolestrol tak mencanak dalam darah?!!haih!

1 comment:

  1. Aku pun sama. Aku bangga dgn sate sbb sume bangsa suka. Hidup sate !! Hidup serai!! Hehe ..

    Belajar la buat sate .. blh kita jamu selera sama-sama. Hehe ..

    ReplyDelete

Feel free to give your opinions guys!

Labels

Advertorial (1) AngryBird Cake (1) Anna Cake (1) Apple (7) Apple Puff (1) Ayam Golek (1) Baklava (1) Banana (7) Banana Caramel Cake with Caramel Buttercream (1) Bar (1) Barbie Doll Cake (3) BBQ Smokin' Hot Brisket (1) Beef Lasagna (2) Beef Patty (2) Birthday Theme Cake (4) Bolognese Fettuccine (1) Bolognese Pasta (2) Bread (6) Brownies (12) Butterscotch Cake (2) Cake (23) Cake Hantaran (1) Cake Order (18) Calamari (1) Carrot Walnut Cake (2) Cheese (23) Cheesecake (1) Cheesecake Order (7) Chicken (24) Chocolate (33) Chocolate Buttercream (1) Chocolate Cake (2) Chocolate Log (1) Congo Bars (1) contest. Let's Masak Reward program (1) Cookie (1) Cooking Tips (3) Cooking Tools (1) Crab (1) Cream Caramel (1) Cream Puff (1) Cupcakes (8) Curry Puff (1) Daging Kicap Black Pepper (1) Dessert (8) Devil Chocolate Cake (4) Dulce De Leche (1) Egg (3) Eggless (1) Elsa Cake (1) Fish (12) Fondant Cake (8) Fried Candy bar (1) Frozen Cake (2) Frozen Theme Cake (2) Fruit Info (1) Harga Dan Menu Kek (1) Herbs and Spice (1) Ikan Sweet Sour (1) iprice (1) Keria Gula Melaka (1) Kitchen Tip (7) Kuih Muih (3) Lasagna (3) Lauk Pengantin (1) Marble Cake (1) Meat (18) Moist Banana Cake With Caramel Buttercream and Caramelized Banana Topping (1) Muffins (4) My Home Baking Shop (11) Noodle (5) Nut Info (1) Nutella Food Cake (1) Ombre Cake (2) Oreo Brownies (1) Pancake (2) Pasta (10) Pasta Sauce (1) Pau (1) Pavlova (10) Peach Puff (1) Pie (2) Pineapple (1) Pizza (7) Plant Info (2) Popcake (1) Potato (5) Prawn (2) PROMOSI RAMADHAN 2013 : DAPATKAN PEMANGGANG AJAIB INI! (1) Promotion (5) Puff (1) Purple/Violet and Blue/Coral Blue Engagement Cake (Fondant) (1) Rainbow Cake (13) Red Velvet Cake (7) Rice (7) Salted Caramel (2) Salted Caramel and Caramelized Banana (1) Sauce (1) Snow Cheesecake (4) Snowcheesecake (8) Spiderman 3D cake (1) Sponge Cake (1) Strawberry (1) Super Moist Chocolate Cupcakes (1) Tart (2) Tiramisu (4) Tiramisu Cake (3) Triple Chocolate Brownies (1) Try and Error (8) Udang Mentega (1) Upside Down Banana Caramel Loaf (1) Vanilla (2) Vanilla Sponge Cake (1) Vegie (2) Wedding Cake (3)
Comments:

HTML lessons