Melt and Death Chokat Beskut Batek!!
yer.....
memang biskut ni tak boleh makan gitu jer...
kena saing dengan eskrem vanilla.
adoyaii....
penuh lemak berkrim disukai ramai dan boleh buat mabuk chokat.
bak kata setot...
ibu nak chokat!(coklat!)
to be honest..
ni 1st time aku buat kek batik or biskut batik yg betul - betul jadi..
jgn gelakkan aku sebab selama 10 tahun aku cuba buat..memang tak pernh jadi!!
huuuuuuuuu...
memang sadis dan mengharukan.
apepun credit to suziey.com sebab dari beliau ler aku dapat buat kek batik nih..
tapi versi aku ler..
bahan - bahan:
150 - 200 gram coklat masakan
3/4 tin susu manis
180 gram marjerin
5 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar icing sugar
250 - 350 gram biskut marie (anggaran 25 - 30 keping)
100 gram kacang walnut
100 gram kacang hazel
100 gram kacang almond
50 gram kismis
cara - cara:
cincang semua kacang dan kismis.gaulkan bersama dan ketepikan
cairkan mentega dan coklat dengan api yg sangat kecil sehingga cair...
masukkan susu,gula,serbuk koko dan kacau sebati.
masukkan biskut marie yang telah dipecahkan sedikit dan kacau seketika.
masukkan pula kacang dan kismis yang telah dicincang tadi.
kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang dikehendaki.
sejukkan dalam freezer (bahagian beku /frozen) sehingga 2 - 3jam.
dust permukaan beskut batik ni dengan serbuk koko or milo.
hidangkan bersama - sama ice cream vanilla.
#petua: alaskan bekas dengan plastik lebar atau alumium foil sebelum tuang...
sebab bila nak potong senang sebab dah melekat cantik pada plastik dan terus boleh potong terus!
Ulasan
Catat Ulasan
Feel free to give your opinions guys!