1st Attempt Brownies


1st attempt kah?
ni second laa..
yang ni memang exactly chocolate brownies sebab guna 100% chocolate.
not even single choco powder even for the topping!

bahan - bahan :
 *untuk brownies
200gram coklat masakan
200gram marjerin
1 cawan susu 
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 1/2 cawan gula gastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

*untuk topping
100gram coklat masakan
4 sudu besar susu manis
almond cincang


*brownies
cairkan marjerin dan coklat sehingga cair dan ketepikan
ayak tepung bersama baking powder dan juga soda bikarbonat
pukul telur dengan gula sehingga sebati dan masukkan dalam adunan marjerin dan coklat tadi.
masukkan susu dan kacau sebati lagi
masukkan tepung yang telah diayak tadi 
kacau sebati dan tuang dalam loyang 8" x 8" 
bakar selama 20 - 25 minit atau sehingga masak pad suhu 180 degree celcius 
(pastikan oven telah dipanaskan selama 10 minit sebelum itu pada suhu yang sama)

*topping
cairkan coklat dan susu bersama dan boleh dituang keatas brownies yang telah disejukkan sebelum itu.
taburkan dengan almond atau ape - ape jenis kacang mahupun topping lain.




Ulasan

Catatan Popular