Blue Velvet Cupcake
ok dah puas cuci mata?!
ni ler resepinya:
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyak sayuran
1 cawan gula castor
1 cawan susu sejat (dicampur dengan 1 sudu besar cuka masak dan dibiarkan selama 5 minit)
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko (dicampur dengan 3 sudu besar pewarna biru sehingga menjadi pes)
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar cuka
panaskan oven pada suhu 180 degree celcius.
pukul gula,minyak dan telur sehinga sebati
masukkan tepung dan susu selang seli dalam bancuhan tadi.(tepung - susu - tepung)
pukul lagi selama 2 minit.
masukkan pes tadi dan pukul lagi sehingga sebati
dalam sebuah bekas,campur dan soda bikarbonat dan cuka,dan masukkan dalam adunan tadi sesudah ianya membuak.
tuang separuh dlm dalam acuan masing - masing dan bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 180 degree celcius.
setelah sejuk..
hiaskan dengan buttercream ataupun creamcheese filling..
selamat mencuba...