Baked Moist Chocolate Cake
Sumber: Fiza Naman
BAHAN-BAHANNYA :-
600gm gula halus
450gm mentega/butter/planta
9 biji telur (dipukul terlebih dahulu)
400gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikabonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
120gm serbuk koko
320ml air suam
CARA MEMBUATNYA :-
1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang. (putih)
2. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau rata.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikabonat, baking powder dan garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau rata.
4. Masukkan serbuk koko yang telah dikacau bersama air suam ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau rata.
5. Bakar atau pun kukus sehingga masak.

* gambo tu kek jadi gitu sebab tukang buat tak sabo tunggu sejuk.
sudahnya terkopak la time transfer ke papan cake.
caishh!!
apepun...
thumbs up tuk cake yang sedap nih!!