Simple Meat Pizza




Doh Pizza:
 4 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 peket yeast segera (mauripan,etc)
secubit garam
2 sudu besar minyak

Cara - cara:
- kacau yeast ke dalam 1 cawan air suam,biarkan sehingga 2 minit.
- Campurkan tepung,garam dan gula ke dalam bekas
- Uli kesemuanya dengan bancuhan yeast dan baki air suam tadi.
- Uli sehingga doh lembut.
- Simpan di dalam peti sejuk sehingga naik 2 kali kali atau sehingga 3 hari.


Sos Pizza:
1 tin tomato puree (nak sedap boleh gunakan 4 biji tomato fresh dikisar tanpa air)
2 ulas bawang putih
1 camca kecil basil kering
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya (secubit garam dan 5 sudu besar gula)
1 tin air

Cara - cara:
tumiskan bawang putih sehingga naik bau
masukkan basil..
masukkan tomato puree dan air
didihkan...
serasikan garam dan gula...

Bahan - bahan untuk topping:
sekeping daging burger (dikisar)
sebatang sausage (dikisar)
generous amount of mozarella cheese,parmesan cheese dan cheddar cheese

*boleh kurangkan gula kalau tak mahu manis sangat.
*sos ini lebih sedap kalau ada fresh basil..

  • Panaskan oven  200 degree celcius 15 minit
  • Canaikan doh pizza
  • sapu permukaan dengan sos pizza
  • taburkan dengan inti daging,sausage dan cheese.
  • bakar pada suhu 200 degree celcius selama 15 - 20 minit...

Catatan Popular