Nasi Tomato Iceboxrivet


Bahan - Bahan:
5 cawan beras Bashmati
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 ulas bawang besar (dikisar)
1 tangkai kayu manis
2 bentuk bunga lawang
1/2 inci halia (dikisar)
5 biji buah pelaga
1/2 cawan susu isian sejat
1 ketul kiub ayam
Minyak sapi untuk menumis
Tomato puree (buatan sendiri)

Cara - cara:
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih,bawang besar,halia,bunga lawang,kayu manis,bunga cengkih dan tomato puree hingga naik bau.
Masukkan susu biarkan selama 2 minit.
Gaulkan bahan tumis  dan kiub tadi pada beras dan masakkannya ia.
(sukatan air = ikut bilangan sukatan beras dan ditambah dengan 1/2 cawan air lagi)
Sesudah masak,seratakan garam atau gaulkan dengan butter/marjerin sekiranya nasi masih kering.

*cara - cara buat homemade tomato puree (sukatan lengkap untuk resepi ini)
Blender 4 biji tomato segar dengan suku cawan air.
Kemudian,renehkan dengan 4 sudu gula sehingga waranya bertukar kemerah - merahan.
#lagi lama reneh,lagi pekat dan lagi gelap.

SELAMAT MENCUBA!!




Ulasan

Catatan Popular