Followers

Apr 12, 2012

Pavlova



Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla



Tip sebelum membakar :

1- Pastikan  ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. 

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).. (aku guna 8inci)

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. 
Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. (kenapa la aku lupa buat step nih?!aritu masa balik meru..adik aku ade ajo!!)

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.(beli whip cream yg tak putar.tentulah tak cantik mana bila putonyer)

*manis renyah.boleh kena potong kaki nih!!


2 comments:

Feel free to give your opinions guys!

Labels

Advertorial (1) AngryBird Cake (1) Anna Cake (1) Apple (7) Apple Puff (1) Ayam Golek (1) Baklava (1) Banana (7) Banana Caramel Cake with Caramel Buttercream (1) Bar (1) Barbie Doll Cake (3) BBQ Smokin' Hot Brisket (1) Beef Lasagna (2) Beef Patty (2) Birthday Theme Cake (4) Bolognese Fettuccine (1) Bolognese Pasta (2) Bread (6) Brownies (12) Butterscotch Cake (2) Cake (23) Cake Hantaran (1) Cake Order (18) Calamari (1) Carrot Walnut Cake (2) Cheese (23) Cheesecake (1) Cheesecake Order (7) Chicken (24) Chocolate (33) Chocolate Buttercream (1) Chocolate Cake (2) Chocolate Log (1) Congo Bars (1) contest. Let's Masak Reward program (1) Cookie (1) Cooking Tips (3) Cooking Tools (1) Crab (1) Cream Caramel (1) Cream Puff (1) Cupcakes (8) Curry Puff (1) Daging Kicap Black Pepper (1) Dessert (8) Devil Chocolate Cake (4) Dulce De Leche (1) Egg (3) Eggless (1) Elsa Cake (1) Fish (12) Fondant Cake (8) Fried Candy bar (1) Frozen Cake (2) Frozen Theme Cake (2) Fruit Info (1) Harga Dan Menu Kek (1) Herbs and Spice (1) Ikan Sweet Sour (1) iprice (1) karipap kentang frozen (1) Keria Gula Melaka (1) Kitchen Tip (7) Kuih Muih (3) Lasagna (3) Lauk Pengantin (1) Marble Cake (1) Meat (18) Moist Banana Cake With Caramel Buttercream and Caramelized Banana Topping (1) Muffins (4) My Home Baking Shop (11) Noodle (5) Nut Info (1) Nutella Food Cake (1) Ombre Cake (2) Oreo Brownies (1) Pancake (2) Pasta (10) Pasta Sauce (1) Pau (1) Pavlova (10) Peach Puff (1) Pie (2) Pineapple (1) Pizza (7) Plant Info (2) Popcake (1) Potato (5) Prawn (2) PROMOSI RAMADHAN 2013 : DAPATKAN PEMANGGANG AJAIB INI! (1) Promotion (5) Puff (1) Purple/Violet and Blue/Coral Blue Engagement Cake (Fondant) (1) Rainbow Cake (13) Red Velvet Cake (7) Rice (7) Salted Caramel (2) Salted Caramel and Caramelized Banana (1) Sauce (1) Snow Cheesecake (4) Snowcheesecake (8) Spiderman 3D cake (1) Sponge Cake (1) Strawberry (1) Super Moist Chocolate Cupcakes (1) Tart (2) Tiramisu (4) Tiramisu Cake (3) Triple Chocolate Brownies (1) Try and Error (8) Udang Mentega (1) Upside Down Banana Caramel Loaf (1) Vanilla (2) Vanilla Sponge Cake (1) Vegie (2) Wedding Cake (3)
Comments:

HTML lessons