Resepi Kimchi Halal Dan Mudah


Resepi Kimchi

Bahan-bahan:-

1 biji kobis panjang / kubis napa / kubis cina
1 batang timun
1 biji lobak merah
1 batang lobak putih
Daun Bawang
3 sudu besar garam
3 sudu besar  cuka
3 sudu besar sos ikan


Bahan B
1 inci halia
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji buah pear / epal merah
5 sudu besar serbuk cili 
*kisar semua bahan B hingga halus


Cara-caranya:-

1. Potong separuh kobis panjang kpd 4 bahagian memanjang.
2. Basuh. Kemudian masukkan garam bagi kena semua kobis yg dah dipotong.
3. Selepas 30minit kemudian masukkan cuka.
4. Perap sampai kobis tu jadi lembik
5. Bila dah cukup masa untuk perap, basuh kobis kemudian tapis.
6. Kisar sekali smua bahan B.
7. Toskan kubis. Campurkan Bahan B. serasikan sos ikan, gula dan serbuk cili.
8. Masukkan sayur - sayur lain dan gaul sebati.
9. Simpan dalam bekas kedap udara atau peti bila nak guna.
ps: kimchi ni tak berapa masam sebab takde guna pemekat. 


 

Ulasan

Catatan Popular