Resepi Pizza Tomato Keju (Tanpa Menggunakan Yeast)
Bahan - bahan: (Doh)
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu cair
1 sudu besar gula
secubit garam
1 biji telur
1/3 cawan minyak masak (ikut resepi guna minyak zaitun tapi kami belasah je ape yang ade kat dapur)
Bahan - bahan topping:
Keju Cheddar Block
Tomato Paste (sedap guna brand Leggo's)
Herba Campur Kering
Tomato Segar
Cara - cara:
Telur, minyak dan susu disatukan dipukul sehingga agak kembang
Kemudian masukkan tepung, gula dan garam tadi dan gaul sampai tak melekit
Selepas itu uli sampai lembut
Biarkan selama 30minit (tutup dengan kain lembap)
Panaskan oven pada suhu 200 dgree celcius selama 10 ke 15 minit
Canai doh yang disimpan tadi atas pizza pan
Kalau takde pan tu boleh guna loyang bulat
Ratakan tomato paste atas doh yang korang dah canai tadi
Taburkan sedikit gula kasar memandangkan tomato paste ni sangat masam
Taburkan dengan sedikit herba kering selepas itu
Kemudian taburkan keju cheddar yang korang dah parut tu
tabur banyak - banyak pada permukaan doh pizza tu
Susun tomato segar yang korang dah hiris nipis - nipis tu.
kenapa nak kena potong nipis - nipis?! tuk elakkan doh dari macam 'shoggy'
Akhir sekali tabur lagi sekali keju parut dan bakar pada suhu 200 deg cel 15min - 20min
Ulasan
Catat Ulasan
Feel free to give your opinions guys!