Ikan Bakar Ala2 Sekinchan...


Bahan-bahan ( 3-4 org makan )

  • 1 ekor ikan
  • 1 serai-diketuk
  • daun limau purut-dihiris
  • air asam jawa
  • daun pisang dan aluminium foil
  • bahan2 kisar:-
  • @5 cili merah
  • @5 cili kering
  • @5 cili api
  • @5 biji bawang merah
  • @3 ulas bawang putih
  • @3 batang serai
  • @garam& gula secukup rase 

Cara-cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam,gula dan air asam.
  2. letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
  3. bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
  4. hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.



Catatan Popular