Lemongrass Caramel Baked Chicken
salam guys..
selamat bekerja dihari isnin nih..
btw,nak share satu resepi yang sedap di alam semesta rumahku saje yer...
memang hingga menjilat jari weih!!
Bahan - bahan:
1/2 ekor ayam
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah kecil
2 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam kasar
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu besar sos karamel
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil oregano
garam dan gula secukupnya (garam 1 sudu kecil,gula plak 10 sudu besar)
cara - cara:
kisar sehingga halus kesemua bahan kecuali ayam...
peram ayam dengan bahan kisar tadi selama semalaman atau paling kurang 4 jam.
kalau garam dengan gula korang nak tambah lagi,korang tambahlah..
kemudian,bakar pada suhu 180 degree celsius untuk 40 minit pertama.
terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 40 minit.
terbalikkan ayam sekali lagi dan bakar sehingga 15 minit.
nota penting:
setiap kali bakar pada sesi yang baru,siramkan permukaan ayam dengan kuah perapan tadi untuk dapatkan warna yang cantik.
andaikata ayam belum masak sepenuhnya,bakar lagi sehingga masak.