Puding Karamel Berlapis Coklat






Bahan :-
(A)
1 tin susu cair (guna Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

 
(B)
1 tin susu cair 
(guna Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

 
(C)
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu - guna golden syrup






Cara-cara nya :-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.


selamat mencuba...



Catatan Popular